Tuesday, February 23, 2016

Mengembara solo nak pergi mana tu?


Adoii, hampir setahun baru nak update blog. Maafkan saya. 


Ok, kalau baca ‘entry’ aku sebelum ni, ada cerita mengenai impian nak mengembara solo kan? (kalau baca la.. kalau tak, pegi baca sekarang! Ahah). Alhamdulillah… Syukur pada Allah, akhirnya impian tu terlaksana. Selamat pergi dan selamat balik. Paling penting dapat izin mak bapak. Phewww (lap peluh di dahi). Ke mana lokasinya?? Teruskan membaca di bawah.


Sawadikap… Haytai, aku datang!!!

Tuh dia, baru pertama kali nak cuba mengembara solo, Hatyai perginya. Perancangan tak lama pun, ada la 2 bulan sebelum dari tarikh bertolak. Tentatif 3H2M, 21-24 Mei 2015 (termasuk hari perjalanan).


Setelah dibuat kajian, baca ‘trip advisor’, tanya kakak dan mereka yang pernah pergi, Hatyai ni tak merbahaya, kawasan selamat, banyak tempat menarik, makanan halal pun senang cari dan dekat dengan Malaysia. Jadi suasananya tak jauh beza dengan negara kita dan takdelah nak ‘culture shock’ sangat kannn?

Perjalanan dengan Keretapi

Hatyai dipilih sebab nak merasa perjalanan ke sana dengan menaiki keretapi. Sebab aku suka naik keretapi. Setelah tekad dibuat, terus pegi beli tiket (pegi balik) keretapi di KL Sentral. Sebab tiket terus ke Hatyai dah habis (beli awal pun habis juga…), beli la tiket KL-Padang Besar. Lepas tu kena beli tiket Pdg Besar ke Hatyai. Tapi tiket Pdg Besar – Hatyai hanya boleh dibeli dalam tempoh 24 jam dari tarikh nak pergi sebab jarak perjalanan yang singkat.

Maknanya, aku boleh beli pada hari aku nak bertolak ke Pdg Besar ATAU bila dah sampai Pdg. Besar, terus beli tiket ke Hatyai di kaunter. 

Tips: Tiket keretapi boleh dibeli sebulan awal dari tarikh perjalan. Bagi perjalanan yang singkat, tiket hanya mula dijual 24 jam sebelum masa bertolak. Digalakkan beli awal sebab tiket cepat habis. Kalau tak, muncung la kau di sudut kaunter, kecewa tiket habis.

Hari Pertama [21/5/15_Khamis]

Ingat cerita kat atas tadi? Kisah tiket ke Hatyai tak berbeli lagi. Ok..sampai je KL Sentral dalam pukul 9.00 mlm, terus ke kaunter beli tiket Pdg Besar – Hatyai. ‘Settle!’

Tren bertolak pukul 10.00 malam dari KL Sentral dan dijangka tiba di Pdg Besar pukul 9.05 pagi 22/5/15 (Jumaat). Perjalanan jauh macam ni, aku suka ambik katil, privasi sikit, boleh baring2, takdelah kematu rasa duduk atas kerusi utk perjalanan hampir 12 jam. Lama kannn?
  
Hari Ke-2 [22/5/15_Jumaat]

7.00 pagi
Kiri kanan sawah padi. Maknanya dah sampai Kedah la. Sarapan burger sejuk (beli malam tadi). Dalam keretapi ada je kafe kat Koc C yang  jual minuman panas, nasi lemak, mee goreng bagai, tapiiiiiii, harganya mahal la.





10.30 pagi
Sampai Stesyen Pdg Besar (lewat dari yang dijadualkan), bawak turun semua beg, keluar dari keretapi dan pergi ke kaunter Imigresen untuk pemeriksaan dan cop passport. Lepas cop passport, lepak kat kedai makan bahagian atas tunggu sehingga pengumuman dibuat untuk teruskan perjalanan ke Hatyai. Kalau nak tukar duit RM ke Baht pun boleh, ada je orang yang menjualnya kat sini.

11.30 pagi
Agak lama juga la menunggu, dekat pukul 11.30 pagi baru bertolak. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam juga la dan menggunakan 2-3 koc, pendek je. Dalam tu ramai gak budak2 muda dan pelancong asing yang menuju ke Hatyai. Aku hanya senyum je.. nak bertegur sapa malu.... :p




Dalam perjalanan, dah boleh nampak kereta dgn plat nombor Thailand (elehh.. mcm tak pernah nampak je kat Malaysia..hoho). Rasa nak berjaga tgk pemandangan kat luar, ‘excited’ nye pasal. Tapi akhirnya tewas juga…Baru setengah jam gerak, dah kuyu mata, pemandangan pun hutan je. Makanya, tidur lebih baik. zzzzZZZZZZZZ

‘Klasik’ Stesyen Keretapinya...

1.30 petang (waktu Malaysia)

Alhamdulillah, akhirnya aku tiba di Haytai. Sawadikapppp!!! Waktu Thai menunjukkan pukul 12.30 tgh hari. Sebab waktu Thai lewat sejam dari Malaysia, kira aku balik ke sejam yang lalu. Giteww.

Stesyen keretapi Hatyai ni macam stesyen keretapi Malaysia zaman 90-an dulu. Klasik sangat. Kena menyeberang landasan untuk ke platform sebelah. Teringat stesyen keretapi Batu Gajah zaman dulu-dulu, selamba je main batu kat landasan, panjat-panjant gerabak. Angkat basikal seberang landasan..haisyy..rindunya.


Gerabak/koc yang bawa penumpang ke Hatyai


Ramai-ramai menyeberang landasan

"Selamat Datang ke Hatyai!"

Sampai2 je, terus pegi kaunter pertanyaan, nak confirmkan waktu balik pada tiket tu ikut waktu Thai atau Malaysia. Petugas tu bgtau pukul 4 waktu Thai. Jadi bolehla  bajet masa pukul berapa nak kena ada di stesen. Kan senang.


Ofis tempat aku 'confirm'kan waktu pada tiket

Kaunter tiket

Jalan-jalan Cari Rumah Tumpangan

1.00 petang (Waktu Thai)

Keluar je dari stesyen, ramai dah pemandu tuk-tuk (teksi Thai) yang dah siap sedia mencari pelanggan. Aku menolak dengan baik dan terus berjalan (yakin diri!)

Berbekalkan ‘google map’ yang telah di ‘screen shot’ kat telefon, ikutla aku peta yang bertanda dot dot dot tu sebab takde internet. Peta ni aku siapkan awal2 lagi sebelum bertolak. 

Ikutkan perkiraan google ni, 11 minit je dgn jarak 900m. Jalan punya jalan, nampak mcm betul dah laluan aku, tapi bila sikit lagi nak sampai .. tetiba mcm konpius plak. Tanya uncle yang jual pulut mangga tu pun, ntah mana arah dia tunjuk, akhirnya aku memusing satu blok.


Inilah rupa 'map' untuk ke Guest House aku, asal bolehhhh

“Haisyy.. tak boleh jadi ni…hari makin panas, badan dah melekit rasanya. Takpela.. ikut jela jalan yang ni” (jalan lurus yang aku mula2 rasa ragu).

Tak sampai 5 minit, poffff, jumpa!

Tips:
  • Gerak hati itu penting.
  • Kenal pasti banggunan yang mudah diingat sekitar tempat penginapan. Kalau boleh banggunan yang tinggi macam hotel atau ‘shopping mall’. Kalau sesat, cari je banggunan tu, nak tanya orang pun senang sebab mesti ramai yang tau.

Get Guesthouse

Aku suka ‘guest house’ ni, dekorasi dia nampak moden dalam celahan deretan banggunan lama. Tempahan dibuat melalui Agoda (tu pun minta tolong kawan yang tempahkan, sebab aku takde kredit kad untuk buat bayaran..huhuh), RM42.72 semalam. Ok apa.. bilik sorang sekali bilik air, aircond, wifi. Terbaik laa!




Masa ‘travel’ aku lebih suka pastikan tempat penginapan dah ada. Jadi tak payah buang masa baru nak mencari bila dah sampai. Penat kut.. dah tu pertama kali pulak sampai sini, tak menggagau dibuatnya nanti?





‘Guest house’ ni diusahakan suami isteri warga Thai. Peramah dan baik sangat. Dia memang percaya sepenuhnya tetamu yang menginap. Mana taknya, lepas masuk bilik, sekali tengok ‘plug’ untuk ‘charge’ telefon tak sama, ‘travel plug’ tak beli plak (chehhh). Aku pun turun la ke bawah dengan harapan dapat la pinjam ‘charger’ dia.

Turun2, tengok takde orang kat kaunter, tapi kipas terpasang, tekan2 loceng, takde jawapan. Ikutkan hati, nak je aku selongkar kat meja belakang kaunter tu. Mula2 jenguk2 juga, tapi “ehh.. rasa mcm bersalah pulak”. 

Naik la aku semula ke bilik, tidoooo! Penat bebeno rasanya.

Sambung ke bahagian II. Panjang sangat dah ni.
-------------------------------------------------------------------
Info:

Tiket Keretapi :

KL-Padang Besar        : RM47.00 (Katil bawah)
Pdg Besar – Hatyai      : RM12.00
Hatyai – KL                 : RM60.00

TOTAL: RM119.00

p/s: Tiket dibeli menggunakan kad Tiger (kad diskaun), jadi semua harga tiket di atas adalah harga selepas 10% diskaun. Tapi, sekarang ni kad tu dah dimansuhkan, kalau ada pun hanya untuk pelajar dan warga emas sahaja. Sampai hati kau KTM.

Penginapan:

Get Guesthouse
1/11 Suppasarn-rangsan Rd, Soi Pracharak, 
Hatyai Songkla (near Thavorn Temple Sang-Sri)             : RM42.72 


Friday, May 1, 2015

Impian sebagai Pengembara Solo

Assalammualaikum,

Ini entry pertama untuk blog saya yang dinamakan "Penat Jalan". Signifikannya sebab.. saya suka berjalan...bila dah berjalan mestila penat... ye dak?

Intro
Sedikit intro. Blog ni saya wujudkan dengan niat untuk berkongsi cerita dan pengalaman saya semasa bercuti dan jika ada yang mengikut dan sudi membaca tulisan/cerita saya di sini, mungkin kita boleh bertukar pandangan.

Nak buat... Tapi Malas...
Selama ni, saya selalu berangan nak menulis di blog, bercerita ttg apa yg menarik, dugaan/cabaran yg dihadapi semasa bercuti. Tapiiiiiiiiii.. itu semua berlegar-legar dalam kepala je, sebabnya... MALAS nak menulis. huhuh..

Jangan Malu
Ok la, kali ni saya cuba realisasikan angan2 saya tu (tengok berapa lama bertahannya... hohoh). Orang kata, kalau kita berkongsi cerita, bagitau pada keluarga, kawan, tentang cita-cita, impian, perkara yg kita sedang usahakan, insyaallah, akan lebih mudah tercapai. Ye la, mereka yang mendengar boleh tolong doakan kejayaan, bagi idea, hulur pertolongan...kesimpulannya, jgn malu bercerita.

Impian
Impian menjadi pengembara solo dah lama ada diri ni. Cumanya tak berapa nak berani dan takut nak bagitau mak n bapak... ahaha..sebab dah boleh bayang kerisauan dan potensi tidak mendapat keizinan.

Apa yang saya faham, pengembara solo ni melancong tanpa ditemani kawan-kawan, sedara mara, pendek cerita berseorangan. Tapi bukanla sebab saya ni kera sumbang, tak suka bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga, malahan saya enjoy dan hargai masa yang dihabiskan bersama mereka. Cuma, yela, bila kita bercuti secara berkumpulan, banyak aspek perlu diberi perhatian, seperti masa, lokasi pilihan, tempat makan, tempat tinggal, kenderaan dan banyak lagi la. 

Jadi, saya selalu berangan (berangan lagi,..) macam mana rasanya kalau bercuti sorang2?? Mesti kita lagi lebih bebas dalam membuat keputusan dan setiap keputusan terletak di bahu masing, takde peluang nak salahkan orang lain atau dipersalahkan. Betul / salah.. diri sendiri perlu bertanggungjawab. 

Insyaallah, angan2 saya ni akan menjadi kenyataan dan saya namakan Projek Kasi Redah. Ianya merupakan salah satu sebab juga kenapa saya wujudkan blog ni. Nak tau apa dia?? Tunggu entry seterusnya... lalalala. Doakan saya tak malas menulis.. :p